3-4 Juli 1187- Hittin, Palestine, hari ini dalam sejarah 829 tahun yang lalu satu pertempuran berdarah telah terjadi. Satu peperangan yang menentukan nasib keselamatan kota suci Baitul Maqdis. Sultan Salahudin Al-Ayyubi (1138-1193) pemimpin Dinasti Ayyubiyyah telah melancarkan jihad melawan tentara Salib di wilayah Hittin.
Siapa sangka bahawa kemenangan tentara Islam di medan Hittin telah membuka sinar perjalanan kepada tentara Islam untuk membebaskan kembali kota suci Baitul Maqdis setelah 88 tahun berada di bawah kekejaman pemerintahan kerajaan kristian sejak 1099 Masihi.
Shalahuddin Yusuf bin Najdmudin Al-Ayyub merupakan seorang panglima yang terkenal akan keberaniannnya berjuang untuk menyatukan umat islam di Timur Tengah dengan visi mengusir tentera Salib keluar dari wilayah tersebut. Selepas syahidnya Asadudin Syirkuh di Mesir sebagai pengganti khalifah Al-Adhid di Mesir, rakyat bersepakat untuk mengangkat Salahudin Al-Ayyubi sebagai pemimpin baru di Mesir pada 1174.
Selaras dengan pengangkatan beliau sebagai sultan baru, beliau akhirnya berjaya menumpas kekuasaan dinasti syiah Ubaidiyah, lalu membangun Dinasti Ayyubiyyah (1174-1250). Sultan Salahudin Al-Ayyubi melaksanakan dasar luar yang bersifat progresif demi membebaskan kembali kota suci Baitul Maqdis dari penjajahan kerajaan salib.
Berdasarkan pengamatan penulis terhadap pengkajian sejarah perang Hattin ini, puncak terjadinya peperangan tersebut disebabkan oleh tindakan seorang penguasa salib dari Benteng Karak yang bernama Reynald De Chattilon yang bertindak membunuh jemaah haji dan kafilah dagang yang melakukan perjalanan dari Kairo, Mesir ke wilayah yang berada di bawah jajahan kerajaan salib Jerusalem.
Malah, ada sumber mengatakan kakak Sultan Salahudin Al-Ayyubi juga jadi korban kekejaman Reynald De Chattilon.Tindakan Reynald sememangnya memberi tamparan hebat kepada Sultan Salahudin Al-Ayyubi kerana Reynald De Chattilon itu sendir telah mencabuli perjanjian gencatan senjata.
Selepas matinya Raja Baldwin IV sebagai pemerintah kerajaan salib Jerusalem, Guy raja menggantikan Baldwin V yang dilihat masih kecil untuk meneruskan pemerintahan kerajaan Kristian Jerusalem. Pelantikan Guy De Lusignan sebagai raja Jerusalem telah mengobarkan lagi permusuhan dengan orang islam. Pembunuhan terhadap jemaah haji dan kafilah dagang islam semakin menjadi-jadi.
Keadaan menjadi lebih parah ketika mereka pernah menyuarakan hasrat untuk menakluk dua buah kota suci umat islam di Mekah dan Madinah serta berhasrat mencuri jasad junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ keluar dari makam.
Sebagai pembaca, apabila mengetahui hasrat musuh islam untuk melenyapkan umat islam, ia secara tidak langsung menerbitkan api kemarahan dalam diri begitulah kemarahan yang dirasai oleh Sultan Salahudin Al-Ayyubi apabila mendengar kabar tersebut sehingga baginda bersumpah akan membunuh Reynald De Chattilon dengan tangannya sendiri.
Sultan Salahudin Al-Ayyubi telah menghimpunkan seramai 12 ribu mujahid untuk menuju ke satu wilayah yang digelar sebagai wilayah Hittin untuk menunggu datangnya tentara Salib di sana. Dengan kebijaksanaan sultan Salahudin dalam merencana strategi perang, hampir keseluruhan kawasan tadahan air di Hittin telah dikuasai oleh tentera islam. Strategi itu tenyata berkesan melemahkan pertahanan musuh.
Pada 3 Juli 1187, terjadilah pertempuran yang sengit antara para mujahid dengan pejuang tentera Salib di Hittin. Seruan “Allahuakbar” bergema di angkasa selari dengan kesungguhan mereka untuk mengalahkan tentera Salib. Dentingan pedang saling bertingkah antara satu sama lain.
Jerit pekik, semburan darah kesan libasan pedang menjadikan suasana pertempuran satu suasana yang mengerikan. Alhamdulillah, pada 4 Juli 1187 Allah telah menakdirkan kemenangan berpihak kepada Kaum Muslimin. Seramai 30 ribu orang tentera Salib terkorban manakala bagi pihak tentera islam seramai 3000 orang syahid.
Kemenangan tentera islam di medan Hittin telah menjadi pencetus motivasi dan semangat kepada umat islam untuk berjihad demi meraih kota suci Baitul Maqdis dari tentera Salib. Selepas perang Hittin, Reynald De Chattilon telah dipancung oleh Sultan Salahudin Al-Ayyubi atas kebiadabannya terhadap umat islam.
Pasukan tertinggi angkatan kesateria Templar dan Hospitaller turut mengalami nasib yang sama. Raja Baitulmuqadis, Guy de Lusignan telah ditagkap dan dihantar ke penjara Damaskus. Begitulah kemenangan manis yang dilalui oleh tentera islam. Pada saat dan ketika itu, Umat Islam sedikit sebanyak berasa aman kerana mereka sudah selamat di bawah panji kekuasaan islam.
Pada 2 Oktober 1187, selepas berhempas pulas menentang penguasaan tentara Salib di Palestina, Sultan Salahudin Al-Ayyubi mencipta sejarahnya tersendiri ketika beliau berasil membebaskan Baitul Maqdis tanpa pertumpahan darah. Baginda telah memainkan peranannya sebagai sultan berjiwa mulia dengan membenarkan penduduk kota suci tersebut untuk keluar dari kota suci dengan selamat dan membayar wang tebusan.
Setiap penduduk diampunkan. Pertumpahan darah tidak terjadi semasa tentera islam membebaskan Baitul Maqdis. Keadaan ini berbeda semasa tentera Salib menawan kota suci Baitul Maqdis pada Juli 1099 di mana seluruh penduduk kota Baitulmuqadis dibunuh dengan kejam. Anak-anak dibakar. Wanita diperkosa tanpa sekelumit rasa kemanusiaan. Ketika tentera Islam membebaskan semula Baitul Maqdis, perkara tersebut tidak terjadi. Begitulah kemuliaan seorang sultan yang mencintai kedamaian.
Selaras dengan penaklukan kota suci Baitul Maqdis pada tahun 1187 Masehi, maka berakhirlah Perang Salib II yang dicetuskan sejak 1145. Walau bagaimanapun, Perang Salib III pula menyusul. Gabungan tentera Salib yang disponsori oleh Prancis, Inggris dan Jerman mula menggerakkan misi perang suci untuk menawan kembali kota Baitul Maqdis. Dalam Perang Salib III, tentera Salib gagal merampas kembali kota suci itu.
Rujukan:
1. History of War, The Battle of Hattin :http://www.historyofwar.org/articles/battles_hattin.html
2. Perang salib II, Abdul Latip Talib
3.Battle of Hattin, Middle Eastern Histtory, Brittanica:http://www.historyofwar.org/articles/battles_hattin.html
3. Salahudin Al-Ayyubi: Penakluk Jerusalem, Abdul Latip Talib
4. Kingdom Of Heaven